Wednesday, 21 August 2013

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 ( SECOND MATCH FOR MALYSIA ) - WIN OVER YEMEN AND MALAYSIA VS BAHRAIN ( 15 OKTOBER 2013 )

Assalamua'laikum WarahmatuAllah Hibarakatuh kpd semua peminat-peminat Bola Sepak Malaysia yang telah banyak memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Skuad Senior kita - Harimau Malaya dan juga Skuad Under-23 kita - Harimau Muda A yang dikendalikan oleh Coach Malaysia yang tidak asing lagi dalam dunia bolasepak Malaysia iaitu Ong Kim Swee atau dikenali sebagai OKS...dan tidak ketinggalan juga, Skuad Under-23 kita - Harimau Muda B yang dikendalikan oleh Coach Azman Yusoff dan akhir sekali kepada Skuad Under-17 ( Soccer Kids), Under-15 dan sebagainya.

Disni saya hendak menceritakan tentang Perkembangan Terkini Skuad Senior ( Harimau Malaya ) yang kini telah menjalani beberapa latihan dan perlawanan ujian di Jepun baru-baru ini bagi menghadapi Gergasi Asia iaitu Bahrain. Sebelum ini, Malaysia telah menewaskan pasukan Gergasi Asia iaitu Yemen dengan jaringan ( Malaysia 2-1 Yemen ). Ini adalah satu petanda yang amat positif dari aspek fizikal dan mental para pemain senior Malaysia iaitu Harimau Malaya. Antara penjaring bagi perlawanan menentang Yemen ialah Mohd Azamuddin bin Mohd Akil ( First Goal ) dan penyelamat Malaysia daripada jaringan cantik dengan tandukkan menyilang dari sudut kanan pintu gol lawan ( Yemen ) ialah Mohd Khyril Muhyameen ( Second Goal ).


 
Gambar di atas ialah antara aksi dan jaringan yang cantik dilakukan oleh SuperStrikerMalaysia iaitu pemain Kedah dan Malaysia yang berbisa ( Khyril Muhyameen )...Sumber : Google Images

Secara tuntasnya, setiap pemain perlulah bekerjasama antara satu pasukan agar dapat keputusan yang positif daripada Kelayakan Piala asia 2015 ini, InsyaAllah...Saya sebagai blogger boy dari Penang ingin menarik semua peminat sukan bolasepak di Malaysia supaya dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi seperti yang ditunjukkan oleh penyokong Johor Darul Takzim (JDT), Pahang( Elephant Army) dan juga Kelantan yang begitu berkualiti yang telah mereka berikan kepada pemain-pemain bolasepak Malaysia.Dengan ini, saya melabuhkan tirai jaringan saya dengan ucapan HARIMAU MALAYA BOLEH !!!! dan BISMILLAH...Terima kasih Terima Kasih Terima Kasih...Sukan Terbaik Hanya di RTM dan Astro Arena Malaysia.

KEPUTUSAN PENUH SECOND MATCH KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 :-)
MALAYSIA vs YEMEN ialah MALAYSIA [2] - [1] YEMEN

 
Gambar di atas ialah Keputusan Penuh Malaysia vs Yemen.

Live Streaming dan Siaran Langsung antara Malaysia vs Bahrain pada 15 Oktober ini akan diberitahu kemudian :-)

Jangkaan :-
Malaysia vs Bahrain
8.45 malam
Stadium Shah Alam, Selangor
Live RTM 1...

***Segala perubahan akan diberitahu kemudian kelak, InsyaAllah***

Yang Benar,
Syazwan Husaini bin Muhamad Yusoff

Blogger Boy from Penang :-)

My FB akaun : Syazwan Husaini Wan
Page Sukan FB saya : 1 Juta Sokongan Malaysia Layak Piala Asia 2015
My Twitter : @stadyman
WeChat : Wanzsports

Follow saya di Google Akaun anda untuk mendapatkan berita terkini dunia bolasepak Malaysia...

Friday, 22 February 2013

Kelayakan Piala Asia 2015, selepas menghadapi perlawanan pertama dalam kelayakan asia 2015
bertemu Qatar, Malaysia mula dengan langkah kiri setelah tewas kepada Qatar dengan keputusan memihak Qatar 2-0 Malaysia. Kata Jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal bahawa kedua-dua jaringan Qatar adalah nasib, ini sebabkan jaringan pertama Qatar iaitu sepakan percuma "FREEKICK", kemudian terkena pemain Malaysia, K. Reuben, terus menerjah gawang gol Malaysia.
Gol kedua Qatar adalah kesilapan daripada pemain Malaysia sendiri dengan kelekaan dan hendak memburu gol penyamaan, sebaliknya Qatar menambah jaringan kedua dalam kempen perlawanan pertama kelayakan piala asia 2015.

Perkara ini harus diperkemaskan segera dari segi fizikal dan mental, posisi pertahanan, posisi tengah dan jentera hadapan (penyerang). Selepas berakhir sudah perlawanan pertama Malaysia bertemu Qatar, Perlawanan kedua akan menyajikan kita Malaysia bertemu Yemen pada 22 March 2013, jam 8.45 malam, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Live di Astro Arena @ TV 1 segala perubahan akan diberitahu kemudian....InsyaAllah...

Saya blogger boy sukan mengharapkan penyokong-penyokong Malaysia turun padang untuk memberikan sokongan yang padu kepada Harimau Malaya dan menyaksikan perlawanan kedua kelayakan piala asia 2015 Kumpulan D bertemu Yemen di Stadium Nasional Bukit Jalil.

~Sports Blogger Boy~