Friday, 22 February 2013

Kelayakan Piala Asia 2015, selepas menghadapi perlawanan pertama dalam kelayakan asia 2015
bertemu Qatar, Malaysia mula dengan langkah kiri setelah tewas kepada Qatar dengan keputusan memihak Qatar 2-0 Malaysia. Kata Jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal bahawa kedua-dua jaringan Qatar adalah nasib, ini sebabkan jaringan pertama Qatar iaitu sepakan percuma "FREEKICK", kemudian terkena pemain Malaysia, K. Reuben, terus menerjah gawang gol Malaysia.
Gol kedua Qatar adalah kesilapan daripada pemain Malaysia sendiri dengan kelekaan dan hendak memburu gol penyamaan, sebaliknya Qatar menambah jaringan kedua dalam kempen perlawanan pertama kelayakan piala asia 2015.

Perkara ini harus diperkemaskan segera dari segi fizikal dan mental, posisi pertahanan, posisi tengah dan jentera hadapan (penyerang). Selepas berakhir sudah perlawanan pertama Malaysia bertemu Qatar, Perlawanan kedua akan menyajikan kita Malaysia bertemu Yemen pada 22 March 2013, jam 8.45 malam, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Live di Astro Arena @ TV 1 segala perubahan akan diberitahu kemudian....InsyaAllah...

Saya blogger boy sukan mengharapkan penyokong-penyokong Malaysia turun padang untuk memberikan sokongan yang padu kepada Harimau Malaya dan menyaksikan perlawanan kedua kelayakan piala asia 2015 Kumpulan D bertemu Yemen di Stadium Nasional Bukit Jalil.

~Sports Blogger Boy~